Perkembangan tulisan
Perkembangan tulisan awal mesir dari tulisan hieroglif ke hieratik dan kemudian demotik
![]()
hieroglif kursif.

Hieroglif
Filed under: sejarah-mesir purba on July 31st, 2009 | No Comments »
Perkembangan tulisan awal mesir dari tulisan hieroglif ke hieratik dan kemudian demotik
![]()
hieroglif kursif.

Hieroglif
Filed under: sejarah-mesir purba on July 31st, 2009 | No Comments »

KAHERAH – Sekumpulan pakar arkeologi Mesir menemui sebuah perkuburan purba yang menempatkan berpuluh-puluh mumia yang dianggap antara paling cantik dan berusia lebih 4,000 tahun di tenggara piramid Illahun, Fayoum, lapor sebuah akhbar semalam.
Kerja-kerja ekskavasi yang ditaja Majlis Antikuiti Mesir itu berjaya menemui 53 makam mumia.
Ketua Majlis Antikuiti Mesir, Zahi Hawass menganggap empat daripada mumia yang dipercayai berasal daripada Dinasti Ke-22 (931 hingga 725 Sebelum Masihi) itu adalah antara yang paling cantik pernah ditemui.
Penemuan itu berlaku kurang dua bulan selepas Zahi mengumumkan penemuan 30 mumia dalam sebuah kubur di piramid tertua dunia, Saqqara.
Mumia-mumia itu diletakkan di dalam keranda kayu yang dibungkus dengan kain linen serta dicat menggunakan warna tradisi Mesir purba iaitu emas, firus dan terracotta.
Filed under: sejarah-mesir purba on July 31st, 2009 | No Comments »
Wajah penguasa Mesir kuno paling terkenal, Raja King Tutankhamun dipamerkan untuk umum pertama kalinya. Kalangan arkeolog mengambil mumi itu dari sarcophagus dan menyimpannya di sebuah peti dengan pengaturan suhu di makamnya di Lembah Para Raja Luxor. Peristiwa itu terjadi 85 tahun setelah makam Firaun ditemukan oleh petualang Inggris Howard Carter. Sampai sekarang, hanya 50 orang yang pernah melihat wajah raja bocah yang meninggal lebih dari 3000 tahun lalu. Saat para pakar itu mengangkat Tutankhamun dari peti jenazahnya mereka menyingkirkan kain putih yang menutupi dia, muncullah wajah berwarna hitam dan tubuhnya.
Filed under: sejarah-mesir purba on July 31st, 2009 | No Comments »

Piramid di Giza, Cairo : Salah satu dari 7 Keajaiban Dunia.
Ramses II, raja Mesir yang menentang Nabi Musa as, di dalam Museum Mesir, Cairo.
Bandaraya Kaherah (Cairo) berpenduduk 20 juta orang, terbesar di Afrika.
Masjid Sultan Mohd Ali, dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi, Cairo.


Filed under: sejarah-mesir purba on July 31st, 2009 | No Comments »
inilah Sphinx yang berlatar belakangkan Piramid Khafre.Sphinx adalah haiwan metos orang mesir purba.Berbadan singa dan berkepala manusia.Ianya dibina dengan tujuan menjadi penjaga kubur firaun(raja)yang dimakamkan di dalam piramid daripada diceroboh oleh pencuri dan penjarah.Pembinaan Sphinx ini dibuat atas arahan anak firaun Kufu iaitu Khafre yang memerintah Mesir antara tahun 2558SM hingga 2532SM.Panjangnya ialah 73.5meter dan tingginya pula 20meter.
orang ramai tidak dibenarkan terlalu menghampiri struktur Sphinx ini bagi mengelakkan kerosakan.Ianya dipagari dengan rapi dan diawasi oleh pihak keselamatan.



puing-puing binaan purba berdekatan dengan Sphinx…
pandangan Sphinx dari arah sisi…
hidung Sphinx ini dikatakan telah dimusnahkan oleh Napoleon Bonaparte sewaktu menyerang Mesir dulu…
Filed under: sejarah-mesir purba on July 31st, 2009 | No Comments »

Tahun 2006 kemaren Viba telah meng-upload gambar bohlam dan listrik purba di Mesir Kuno. Namanya Dendera Light.





Filed under: sejarah-mesir purba on July 31st, 2009 | No Comments »

Agama dan kepercayaan sangat sebati dengan kehidupan orang Mesir purba. Mereka mempercayai bahawa seluruh alam dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi yang menentukan hidup atau matinya sesuatu kehidupan di alam semesta.
Dewa-dewi dianggap mendatangkan kebahagiaan kepada orang Mesir purba. Oleh sebab itulah mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing.

Orang Mesir purba telah menubuhkan satu kumpulan agama yang bertuhankan kucing yang dikenali sebagai Bast.
Kepentingan watak seekor kucing dalam kehidupan orang Mesir purba dijelaskan oleh Herodotus, seorang sejarawan Greek. Beliau menyatakan bahawa apabila kucing peliharaan mereka mati, mereka sekeluarga akan berkabung dan mencukur bulu kening bagi menandakan kesedihan mereka.
Filed under: sejarah-mesir purba on July 31st, 2009 | No Comments »
Piramid Menerangkan Kosmos Ibu Tamadun
Dengan beberapa perbezaan kecil, piramid-piramid Mesir juga mematuhi paradigma ini. Ini terutamanya yang pertama di antara mereka yang telah dibina oleh Raja Zozer. Bagi Mueller skima ini berhubungkait dengan konsep kuno mengenai kosmos. Bumi adalah dianggap sebagai pulau atau gunung yang tumbuh dari perairan azali. Di dalam kosmogoni Mesir, skima ini berhubungkait dengan Tatenen, iaitu gunung azali yang melonjak dari perairan Nun, iaitu Jurang Azali.
Manakala di dalam pengertian Hindu pula, gunung ini adalah Gunung Suci yang dinamakan sebagai Gunung Meru Ia adalah tumbuh dari perairan Lautan Azali. (Primeval Ocean). Dengan lebih tepat lagi, ia merupakan geometri suci bagi Atlantis.
Hubungan di antara piramid-piramid Mexico, Mesir dan Kampuchea, yang terletak hampir bertentangan di antara satu dengan lain, mengesahkan suatu persejagatan, dari itu, merupakan suatu pernyataan kehebatan orang-orang Atlantis di masa lampau.
Elemen Petaka Ibu Tamadun Di dalam Piramid
Graham Hancock dan Santha Faiia (isteri beliau yang juga merupakan seorang jurugambar) di dalam buku “Heaven’s Mirror” berpendapat bahawa kedudukan banyak kuil-kuil yang yang dihubungkan dengan kompleks Angkor adalah membentuk Buruj Naga (Constellation Draco)5 sebagaimana ianya kelihatan diangkasa pada lebih kurang 10,500SM.
Laman Kuil Kalasasaya di bandar Tiahuanaco di Bolivia pula didapati adalah dilaraskan dengan peredaran matahari terbit dan terbenam pada 10,000SM yang lalu. Rumusan ini ditentukan dengan memeriksa pergerakan lambat matahari merentasi kitaran 41,000 tahun yang dipanggil sebagai “Obliquity of the Ecliptic”.
Tinggalan Senibina dan Kosmos Ibu Tamadun
Prof. José Alvarez Lopez (El Enigma de las Piramides, Buenos Aires, 1978) di dalam kajian beliau secara mendalam mendapati adanya hubungan di antara piramid dengan “cosmogonic hierogamy”. Sebagai contoh di sudut tembok barat laut Angkor terdapat inskripsi sanskrit yang berbunyi
“Angkor adalah pengantin muda kepada Raja, yang baru sahaja membawanya pulang, membara dengan keghairahan, dan dipakaikan dengan laut”.
Pernyataan indah berpuitis ini adalah amat selari dengan “Book of Revelation”, di mana Jerusalem Suci digambarkan menggunakan istilah serupa, sebagai pengantin bagi para domba Raja Bandar yang tidak lain tidak bukan adalah merupakan kota Atlantis sendiri.
Malahan, imej-imej luarbiasa ini diambil secara langsung dari Ramayana, bagi melambangkan Lanka, yang bakal dihancurkan oleh Rama dan Sang Hanuman. Perkataan “dipakaikan dengan laut” di dalam pakaian putih yang secara ritual dipakai oleh pengantin perempuan sehingga kini. Hakikatnya ia merujuk kepada tamsilan Banjir yang telah melemaskan ibukota empayar seduni Ravana.
Persamaan Warna Binaan Piramid
Prof. José Alvarez Lopez juga telah menyatakan tentang hubungan pasti di antara piramid Amerika dengan mitos orang Atlantis, yang juga telah dicatatkan oleh ahli arkeologi Russia seperti Jaguemeister dan lainnya. Umpamanya, seorang harus memerhatikan bagaimana piramid-piramid Mesir terutamanya menggunakan tiga warna batuan dengan amat berleluasa; limestone putih dari Tura dan Mokatan, granite merah dari Aswan dan batu hitam dari Sinai dan kawasan lain.
Tiga warna batuan ini, yang diangkut dengan jerih payah dari jarak yang panjang, bertepatan dengan apa yang disebutkan oleh Plato di dalam pembinaan tembok dan bangunan Atlantis. Kita boleh menganggapnya sebagai kebetulan, masalahnya piramid di Mexico juga dibina menggunakan warna yang sama; merah, putih dan hitam, bertepatan dengan apa yang di Atlantis. Amat ketara bahawa warna-warna berkenaan mengandungi kepentingan ritual, yang mungkin berhubungkait dengan tiga bangsa manusia (yang disebutkan sebagai bangsa di Atlantis) yang mempunyai warna (kulit) yang sama.
Malah, orang-orang Mexico biasa menggunakan warna keempat, iaitu warna kuning, melengkapkan empat warna (kulit) bangsa-bangsa manusia. Lagi sekali, seperti biasa, motif ini adalah berasal dari Hindu. Empat warna ini membentuk empat varna (kasta, warna) orang-orang Hindu dan juga terdapat di kalangan orang-orang Mesir.
Sphinx Berusia Lebih Tua dari Zaman Firaun Mesir
Sphinx melambangkan budaya mesir purba dan cerita rakyat zaman lampau
Mitologi orang Mesir kelihatannya menggamberkan kejadian-kejadian yang telah belaku di dalam era lampau yang dikenali sebagai Zap Tepi (juga disebut sebagai Sep Tepi), iaitu Era Pertama (Kejadian Pertama).

Ini terutamanya jika kita melihat kepada teks di binaan Edfu, yang membicarakan tentang ular musuh yang dikenali sebagai “The Great Leaping One”. Ini merupakan penutup tirai tempoh penciptaan yang pertama di dalam dunia azali dengan mendatangkan zaman kegelapan dan banjir yang telah melemaskan penduduk-penduduk di Pulau Ciptaan yang kemudian menjadi padang jarak padang tekukur.13
Di dalam Catatan Penciptaan yang lain dinyatakan Sekhmet dewi singa telah menurunkan api kepada sesiapa yang engkar daripada ajaran dewa matahari Ra. Manusia telah menyorok di dalam lubang-lubang untuk mengelakkan ajal mereka, sebahagian besar bangsa manusia masih lagi dimusnahkan. Sekhmet hanya berhenti dari memusnahkan seluruh manusia selepas dia meminum campuran memabukkan yang dihantar oleh dewa bagi membanjiri daratan. Cerita ini dengan jelas mentamsil tentang kejadian api durjana dan banjir yang dikena di dalam dinasti-dinasti Mesir.14
Hanya baru-baru ini disedari bahawa geologi Mesir merekodkan wujudnya selapis abu hasil pembakaran yang terjadi di sekitar 9,000SM (diselaraskan semula menggunakan dendrochronology ke tahun 11,000SM). Lapisan ini juga dikesan di wilayah-wilayah lain di dunia termasuk Siberia, Russia, Amerika Syarikat, Afrika Utara, Eropah dan Australia. Sesuatu yang amat dahsyat terjadi di era berkenaan dan amat rasional untuknya disebutkan di dalam mitos dan lagenda pribumi di seluruh dunia yang memelihara ingatan mengenainya merentasi generasi turun temurun secara berpanjangan.
Piramid Mesir Yang Terbesar Dan Tertua Bukan Dibina Oleh Firaun Khufu
Berdasarkan cerita Herodotus (yang telah melawat Mesir dalam tahun 443SM) yang diterima pakai sehingga kini, Firaun Cheops (nama Greek bagi Khufu) telah membina Piramid Besar semasa pemerintahan beliau dengan menggunakan 100,000 orang buruh dan mengambil masa selama 20 tahun.
Tetapi dari catatan yang lebih purba, Firaun Khufu sendiri menyatakan bahawa beliau hanya menjalankan kerja membaiki Piramid Besar. Tiang Inventori (Inventory Stele) yang ditemui betul-betul di arah timur piramid bertarikh 1,500SM, dan mengikut Maspero dan pakar-pakar lain telah disalin dari tiang yang lebih lama seusia dengan dinasti keempat. Pada tiang berkenaan, dicatatkan bahawa Khufu sendiri memaklumkan mengenai penemuan beliau semasa membersihkan pasir-pasir dari Piramid dan Sphinx.
Tiang berkenaan menggambarkan bagaimana Firaun Khufu “mempersembahkan (Isis) dengan memperbaharui, dan membina semula (untuk memulihara, mengubah suai dan membina semula) kuil batunya”.
Dari situ Firaun telah memeriksa Sphinx sambil menceritakan bagaimana pada zaman beliau monumen berkenaan bersama-sama dengan pokok “sycamore” yang berhampiran telah disambar petir. Petir telah merosakkan sebahagian kepala Sphinx, yang kemudiannya dipulihara secara berhati-hati oleh beliau.
Ahli egyptologi Selim Hassan, yang telah menggali Sphinx dari pasir yang mengelilingnya pada tahun 1930 memerhatikan memang terdapat bahagian Sphinx yang telah dirosakkan oleh kilat, dan tanda pemuliharaan kuno amat jelas didapati. Juga, beliau mencatatkan, pokok “sycamore” pernah tumbuh di bahagian selatan monumen berkenaan yang tarikhnya dikenalpasti berasal dari zaman besar.
Model Ulung Era Piramid Mesir: Tiga Piramid Giza
William R. Fix di dalam buku beliau “Pyramid Odyssey” merumuskan
“terdapat banyak perbezaan asas di antara monumen di Giza dengan piramid lain di seluruh Mesir menunjukkan bahawa mereka tidak sesuai untuk kronologi dinasti Mesir yang diperjuangkan. Tetapi jika mereka tidak dipunya oleh dinasti Mesir, hanya satu arah di mana mereka boleh diletakkan – bukan ke hadapan, tetapi ke zaman yang lebih tua”.

Beliau menggariskan lima ciri yang dimaksudkan sebagai anomali berkaitan dengan Piramid Besar.
Pertama, hanya tiga piramid terawal iaitu Piramid Besar dan dua lagi yang lain mempunyai lorong di bahagian atas. Dinasti Mesir yang lain hanya berupaya meniru lorong rahsia di bahagian bawah untuk piramid lain yang mereka bina. Ini kerana mereka tidak mengetahui rahsia di bahagian atas.
Kedua, hanya ketiga-tiga piramid berkenaan yang diselaraskan kepada arah Utara benar secara tepat, yang menunjukkan pengetahuan sains pengukuran bumi dan pembinaan yang canggih – elemen yang tidak didapati di piramid lain.
Ketiga, hanya (tiga) monumen Giza yang dibina dengan ketepatan yang tinggi – ini ditambah lagi dengan kemahiran pembinaan melibatkan pengolahan batu besar bertan-tan sehingga membolehkan Piramid Giza mencapai saiz raksaksa, yang terbesar di Mesir.
Keempat, monumen Giza telah dibina menggunakan rekabentuk yang amat asing dari bentuk piramid lain. Di dalam hal ini William R. Fix berpendapat
“Oleh kerana piramid lain mengandungi blok-blok yang lebih kecil, mereka dibina sebagai suatu siri kerangka dengan banyak tembok penumpu yang bertujuan untuk menopangnya. Tetapi tiga piramid besar Giza tidak mempunyai untuk mengandungi kerangka dalaman ini. Hanya saiz blok yang mengeluarkan kestabilan yang diperlukan. Sifat-sifat ini menyerlahkan rupa kerja tangan yang unggul serta melambangkan kemampuan teknologi yang lebih tinggi berbandind dengan apa yang digunakan di tempat lain”.
Kelima, tidak seperti mana-mana piramid yang mungkin dibina sebelum atau selepasnya, tiada satu pun dari tiga monumen Giza yang mengandungi simbol-simbol keagamaan atau gambar-gambar di ruangan dalam mereka.
Filed under: sejarah-mesir purba on July 30th, 2009 | No Comments »
Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia termasuklah dari segi seni bina, penggunaan kertas, pendidikan, perubatan dan lain-lain.
Piramid, bangunan yang penuh dengan misteri, bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser. Imhotep memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Piramid melambangkan kreativiti dan teknologi tinggi masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan.
Selain daripada pembinaan piramid, pencapaian Mesir Purba juga terserlah dalam penggunaan kertas. Orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan dan menggantikan penggunaan kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
Tambahan pula, pada zaman Mesir Purba, wujudlah sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. kanak-kanak ini diberi pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Pendidikan bertujuan melahirkan para pegawai kerajaan termasuk jurutulis terlatih. Pelbagai ilmu pengetahuan diajar seperti ilmu geometri, matematik, dan sains bagi melahirkan golongan yang mahir mengurus hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil, dan pembinaan bangunan dan piramid.
Seterusnya, tamadun Mesir Purba mempunyai sistem tulisan iaitu hieroglif. hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Kemudiannya tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Akhirnya, tulisan hieratik berkembang ke tulisan demotik.
Mesir Purba turut mencapai tahap kemajuan yang tinggi dalam ilmu perubatan. Pengamal perubatan mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat dan mereka berkhidmat untuk firaun dan juga penduduk-penduduk. Dengan mempunyai ilmu perubatan yang amat tinggi lagi mendalam, mereka mampu memumiakan mayat. Ini berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.
Masyarakat Mesir Purba menggunakan pelbagai ilmu matematik seperti algabra, geometri, dan astronomi untuk menawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali setahun. Pemerintah juga berjaya mencipta sistem pengairan yang berjaya menukarkan kawasan padang pasir kepada kawasan pertanian yang subur. Orang Mesir Purba berjaya memperkenalkan kalender 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
Filed under: sejarah-mesir purba on July 30th, 2009 | No Comments »
Apabila Firaun Menes(3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan,beliau telah mengasaskan pusat pemtadbiran di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sg.Nil .Pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis yang berhampiran dengan Sg.Nil.Pada kemuncak Zaman Pertengahan,pusat pentadbiran ini telah bertukar ke bandar Thebes.Terdapat juga beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis,Fayoum dan Abydos.
Kehidupan di bandar merupakan ciri yang sangat penting dalam tamadun ini kerana di sinilah tempat kediaman firaun,pusat pemerintahan dan pentadbiran,dan pelabuhan penting bagi tamadun ini.Bandar turut berperanan sebagai pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.Jawatan ini diwarisi secaara turun-temurun.Pada zaman kerajaan lama,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.Namun begitu, pada dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon Re.
Firaun juga merupakan:
Selapas firaun ialah golongan bangsawan,rahib,jurutulis serta tuan tanah.Ini diikuti oleh petani,pedagang dan artisan.Lapisan yang terbawah ialah hamba.
*FIRAUN*
- ketua kerajaan Mesir Purba
- perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani,iaitu pharaoh yang bererti rumah yang agung.
- rumah yang agung bermakna pihak atanpun kuasa yang mengenakan cukai terhadap tanah dan harta.Ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah,iaitu firaun.
Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja.iaitu firaun.Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,menjaga keamanan,mengurus, dan mengagihkan penghasilan maknan.Golongan bangsawan terdiri daripada pengawai,penasihat dan juga gabenor.Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.Urusan pentadbiran ini jaga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam untuk menulis segala rekod kerajaan.
Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin.Pada zaman empayar seorang wanita iaitu Firaun Hatshepsut telah dilantik sebagai firaun.(1501-1479S.M).Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.
Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan,Mesir Purba telah berkembang maju.Eksport utama Mesia Purba ialah tekstil dan kertas.
Aktiviti ekonomi yang lain:
perlombongan emas (Nubia),Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes,Memphis,Fayoum dan Heliopolis.Sistem pemerintahan yang terancang talah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
Orang Mesir Purba percaya kepada politeisme.Politeisme bermaksud kepercayaan kepada banyak tuhan.Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan:
Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati.Mayat perlu simpan dan dijaga dengan teliti.Makam mayat juga perlu dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.Solekan mayat,alat kebesaran,dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif(kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi).Sistem tulisan ini penting untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian,pengutipan cukai,tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
Filed under: sejarah-mesir purba on July 28th, 2009 | No Comments »